Pages

Tuesday, December 07, 2010

reality kehidupan

dalam kehidupan nie , ramai anak muda yang berkeinginan untuk hidup berpasangan . tak kira usia , kehidupan , pangkat mahupun darjat . yang penting semua keinginan untuk berpasangan tercapai . walaupun sukar untuk dimengerti , hakikatnya anak muda zaman kini memang sudah begitu . begitu juga dengan aku .tapi sekarang kehidupan aku dah kembali solo . cinta mahupun kasih sayang yang sudah disemai kini layu . tanpa angin tanpa ribut , semuanya hancur , punah ranah dengan sebegitu sahaja . cinta yang dulu mekar dengan gurauan , senyuman . kini tinggal kenangan . walaupun sekarang kami bersahabat baik. tapi kenangan yang ada , telah mengecewakan aku kerana kenangan itu sungguh manis . tak pernah aku dapat kenangan yang sebegitu . sungguh indah . tapi , apa kan daya , suratan takdir telah menentukan segalanya . walaupun sayang tu masih ada , kini aku pasrah dengan ketentuannya . walaupun pada mulanya sukar untuk aku menerima , tapi keadaan disekeliling telah memaksa aku untuk menerimanya . bila bersulam cinta , semuanya terasa indah je . bile bersemai kasih , bagaikan dunia nie kita sendiri yang punya . bila kasih itu diputuskan , bagaikan nyawa ditarik malaikat . sungguh menyeksakan . tapi perasaan yang ada tu , akan tetap disemai walaupun sekeping lagi hati tu telah jauh meninggalkan aku . kini ku sendiri . menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan dari Ilahi . hurm wasalam .