Pages

Tuesday, December 14, 2010

novelis :)

Dihatinya ,penuh luka . Namun , kelukaan itulah yang telah menyedarkan dirinya tentang makna sebuah kehidupan . Berjalan semula setelah puas terjatuh. Bangkit dari kehilangan dan hentakan peristiwa yang silih berganti datangnya . Semua ini menuntut kesabaran yang bukan sedikit . Dia memilih untuk terus berterusan . Dia masih menggenggam satu harapan . Hanya harapan itulah yang dia ada untuk memastikan cintanya tetap mekar . Hari-hari yang berlalu setelah kehilangan sesuatu yang amat berharga . Kerananyalah , dia bangkit dan berlari mengejar esok yang pasti . Dia bersyukur kerana TUHAN membenarkan dia mengenali insan-insan teristimewa dalam hidupnya . Hurm , jangan berasa sedih sekiranya sesuatu diambil oleh Allah semula , kerana itu adalah hak-NYA . Kita tidak memiliki dan dimiliki . Kehilangan seseorang itu tidakl menjadi hal . Tetapi dialah yang dicari dan diingati selama lamanya .

>kini kusedari rindu yang tersimpan dalam lipatan memori masih segar mewangi<