Pages

Monday, November 29, 2010

aku adalah aku !

disini adalah tempat luahan hati aku seperti suka duka kecewa tangisan dan sebagainya . aku rasa bebas sebab aku boleh meluahkan apa sahaja yang aku nak tanpa pengetahuan orang lain , for instance , family aku , kawan kawan aku dan sesiapa saja yang mengenali diri aku . bukan senang untuk mengharungi segala cabaran dan rintangan yang mendatang . untuk mengharunginya , aku harus tabah dan sabar . apatah lagi dengan masalah yang tengah melanda diri aku sekarang ini . tapi aku harus mengerti , ini hanyalah mainan dalam kehidupan . walaupun masalah yang hadir tanpa diundang tu sangat menyakitkan hati , aku harus terima dengan hati yang terbuka . sebab tak semua yang aku impikan , aku dapat . tak semua benda yang aku nak , orang boleh tunaikan . tak semua benda yang aku sayang , akan sentiasa ada dengan aku . tak semua benda yang aku fikirkan , akan sama dengan apa yang bakal terjadi . aku hanya mampu merancang tapi bukan menentukan apa yang bakal terjadi malah hanya DIA yang maha Besar lagi maha Esa yang mampu menentukan dan mengubah apa yang bakal terjadi . kebaikan yang aku lakukan selama ini terhadap Allah S.W.T. , kawan kawan aku , family aku , dan orang yang mengenali aku , belum cukup untuk menghapuskan segala dosa , salah dan silap yang sudah aku lakukan . aku hanya mampu berusaha , berdoa , tawakal dengan apa yang bakal terjadi . kehidupan aku yang penuh dengan cahaya kebahagiaan , kedukaan dan sebagainya telah banyak mengajar aku untuk menjadi lebih matang dan bertanggungjawab . dan juga telah banyak mengajar aku untuk bersabar dan banyak menyedarkan aku dalam sesuatu perkara :) terima kasih Ya Allah . terima kasih juga kepada insan yang telah banyak membantu aku walaupun dalam masa yang sama hati aku masih terluka , dan juga terima kasih untuk kawan kawan yang banyak membantu terutama sekali YasminSamad dan GoneHaidzir :)